Makanan Ini Meningkatkan Proses Penyembuhan

Terdapat makanan, buah-buahan dan sayuran terbukti dapat mengurangkan keradangan, meningkatkan fungsi kekebalan tubuh dan meningkatkan penyembuhan.

Berikut adalah 5 makanan penyembuhan yang dapat membantu memulihkan tubuh anda.

1.Sayuran berdaun hijau - Sayuran seperti kangkung, bayam dan sawi kaya dengan nutrien yang dapat membantu mengurangkan keradangan serta meningkatkan fungsi imun.

2.Kacang/bijian - Kacang dan bijian seperti almond, walnut dan biji bunga matahari adalah pilihan terbaik untuk membekalkan tenaga semasa proses pemulihan.Makanan ini menyediakan protein nabati, lemak sihat, dan vitamin dan mineral untuk menyokong penyembuhan.

3.Ubi keledek - Makanan berkarbohidrat tinggi seperti ubi jalar penting untuk pemulihan. Karbohidrat bukan sahaja membantu memberikan tenaga yang diperlukan oleh sel.Pengambilan karbohidrat yang tidak mencukupi boleh mengganggu penyembuhan luka dan melambatkan pemulihan.

4.Telur - Telur bukan sahaja sumber protein yang sangat mudah diserap, ia juga mengandungi nutrien yang dapat membantu sistem imun dan penyembuhan luka.Telur mengandungi vitamin A dan B12, serta zink, zat besi, dan selenium yang mana semuanya memainkan peranan penting dalam mengekalkan kekebalan tubuh badan.

5.Salmon - Salmon kaya dengan vitamin B, selenium, zat besi, protien, zink dan omega-3.Kajian menunjukkan apabila mengambil omega-3 dalam bentuk suplemen ia dapat membantu meningkat penyembuhan luka serta meningkatkan sistem imun.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

12 Tips Berhenti Merokok

Buat Duit Dengan Sim Kad

Khasiat Tomato Dan Minyak Zaitun