Cara Belanjawan Berpendapatan Rendah
Semasa anda terima
pembayaran gaji, pasti secara tidak sengaja pemikiran akan tertumpu untuk
menjimatkan wang.Tidak terkecuali juga saya.Sejauh mana kita mampu lakukan penjimatan
itu? Kadang-kala saya juga tertewas.Namun kita masih berpeluang untuk menang jika tahu caranya.
Dalam konteks pendapatan rendah,satu-satunya cara untuk menjimatkan wang adalah dengan mendapatkan lebih banyak
wang.Walaupun ini merupakan idea yang baik tetapi ia tidak selalunya menghasilkan
penyelesaian terbaik kerana bergantung kepada individu tersebut sejauh mana ia
mampu menghadirkan wang tersebut.
Apabila berpendapatan rendah, maka secara tidak langsung semua yang akan dibelanjakan
tiba-tiba memerlukan pertimbangan yang lebih.Inilah sebabnya mengapa kita perlu
mendapatkan lebih banyak wang.Ini tidak bermakna kita perlu bekerja keras siang
malam.Kesihatan perlu dijaga.Lebih-lebih lagi di waktu Pandemik Covid-19.
Semasa saya
memulakan beberapa aktiviti kerja dalam talian, saya telah mendapat sedikit keuntungan
iatiu sekitar 50USD sebulan.Ini tidak mengapa. Kerana ia adalah secara sampingan dan ia
kekal seperti itu selama hampir satu tahun.
Kadang kala
saya membaca artikel orang lain tentang bagaimana mereka berjaya menjimatkan
perbelanjaan.Saya dapati mereka menghasilkan lebih banyak wang. Bagaimana untuk menghasilkan wang tersebut dengan pendapatan yang rendah ini? Dalam masa yang perlu berjimat.
Apa yang ingin saya sampaikan disini, anda harus belajar memaksimumkan pendapatan.Terdapat pelbagai cara untuk anda menghasilkan wang.Ada yang memerlukan sedikit modal wang ringgit.Ada juga yang hanya bermodalkan sedikit dari masa terluang anda.

Ulasan
Catat Ulasan