Terima Wang Dari Masa Terluang

Siapa tidak mahu masa yang terluang itu dibayar dengan wang ringgit.Tapi bagaimana ia dibayar? dengan cara apa dibayar? Bila sebut tentang masa pasti kita semua mengatakan bahawa masa kita itu tidak mencukupi.Sedar atau tidak sebenarnya kita mempunyai masa yang terluang.Mungkin kita tidak perasan sewaktu kita menonton rancangan kegemaran, melawat laman sesawang adalah menggunakan sedikit dari masa yang terluang itu.

Bagaimana untuk menerima bayaran melalui masa yang terluang? Cara mudah adalah dengan menyertai tinjauan dalam talian.Tinjauan akan dihantar pada bila-bila masa.Mungkin juga sewaktu anda sedang menonton rancangan kegemaran.Maka disinilah kita perlu mencuri sedikit masa yang terluang itu untuk menjawab tinjauan berbayar.

Namun tidak semua antara kita suka masa terluang itu diganggu lebih lagi ketika sedang menonton rancangan kegemaran.Pada saya ini adalah gangguan kecil. Tidak menjadi masalah buat saya kerana telah terbiasa sambil menonton menjawab tinjauan berbayar. Maka disinilah yang saya katakan masa terluang itu dibayar dengan wang ringgit.

Sedikit pengorbanan diperlukan iaitu berkorban masa sekitar 5-10minit bagi menjawab tinjauan.Mungkin pada permulaannya anda akan merasa janggal.Tapi percayalah apabila anda berhasil memperoleh pendapatan pertama anda, anda akan berterusan melakukan aktiviti ini (menjawab tinjauan dalam talian)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

12 Tips Berhenti Merokok

Buat Duit Dengan Sim Kad

Khasiat Tomato Dan Minyak Zaitun