Langkah Mengurangkan Risiko Covid-19 Apabila Berkongsi Kereta

Berkongsi kereta ketika pandemik covid-19 mungkin agak merisikokan. Namun kadangkala ini tidak dapat dielakkan kerana urusan tertentu, kecemasan, urusan kerja yang mana memerlukan kita berkongsi kereta.Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil sebagai panduan bagi mengurangkan risiko dijangkiti Covid-19 apabila berkongsi kereta.

1. Anda berhak untuk menyarankan penumpang lain memakai topeng muka biarpun dengan memakai topeng muka ia tidak memberi jaminan 100% anda tidak dijangkiti.Namun risiko dijangkiti virus dapat dikurangkan.Pemakaian topeng muka sangat digalakkan.

2.Jangan kongsi kenderaan dengan ramai penumpang.Hadkan penumpang di dalam kereta anda.Jika kenderaan kapasiti 5 penumpang, memadailah hanya 3 penumpang sahaja dalam kenderaan tersebut. Pemakaian topeng muka berlapis juga digalakkan kerana kita tidak tahu status kesihatan seseorang itu.Walaupun mereka dikalangan rakan kita. Jangan ambil mudah.

3.Guna sanitizer sebelum memasuki kenderaan.Saya menggunakan shodoku multipurpose sanitizer ia amat sesuai untuk kegunaan dalam kereta serta mesra pengguna.Ia agak selesa kerana baunya yang tidak memeritkan hidung.Sanitizer berasaskan alkohol juga digunakan sebagai sebagai langkah penjagaan utama.

4. Anda dinasihatkan tidak berkongsi kereta dengan orang yang anda tidak kenali.Jika terpaksa,pemakaian topeng muka berlapis ataupun digabungkan dengan faceshield sangat digalakkan.

5. Kajian menunjukkan membuka tingkap selama 10 saat sekali sekala dapat mengurangkan pengumpulan partikel virus sebanyak 97%.Sesekali bukalah tingkap bagi melancarkan peredaran udara dalam kereta.

6. Digalakkan untuk tidak memasang penghawa dingin sebaliknya menggunakan aliran angin sahaja ataupun tingkap sentiasa dibuka.Ini bergantung pada keadaan cuaca.Jika hujan tidak digalakkan.(Boleh gunakan langkah 1-4)

Ini adalah langkah yang saya gunakan semasa didalam kenderaan jika terpaksa membawa penumpang (rakan sekerja).Jika anda merasakan langkah ini sesuai bolehlah jadikan panduan.Jika anda merasakan ada langkah pencegahan lain yang lebih baik sila kongsikan diruangan komen.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

12 Tips Berhenti Merokok

Buat Duit Dengan Sim Kad

Khasiat Tomato Dan Minyak Zaitun