Catatan

Manfaat Lidah Buaya Untuk Kesihatan

Imej
   Lidah buaya telah digunakan oleh banyak zaman budaya dari dahulu hingga kini. Sifat semulajadinya dalam membantu tubuh mengekalkan kesihatan memang tidak boleh dinafikan lagi.Ia sangat berguna dan mempunyai beberapa kebaikkan seperti. 1.Hiris lidah buaya, ambil pulpa (bahagian dalam/isinya) dan gunakannya sebagai scrub mandian. 2.Letakkan pulpa (bahagian dalam/isinya) lidah buaya tersebut dan letak pada kulit yang melecur kecil dan ia akan melegakan lecuran tersebut. 3.Sapukan pulpa (bahagian dalam/isinya) ke wajah anda untuk mengelakkan jerawat. 4.Minum jus lidah buaya untuk melegakan masalah gastrik usus anda. 5.Diambil secara lisan juga membantu mengurangkan paras kolesterol dan menyihatkan jantung anda. 6.Boleh dijadikan scrub untuk rambut.Membuatkan rambut lebih sihat bersinar dan menyegarkan kulit kepala kerana aloe vera mempunyai sifat semulajadi sebagai penyejuk. 7.Rendaman pulpa (bahagian dalam/isinya) boleh meredakan suhu badan yang panas (deman). 8.Mempercepatkan...

Khasiat Tomato Dan Minyak Zaitun

Imej
  Dalam buah  tomato  mengandung serat, kalium, vitamin C, dan kolin dapat menunjang  manfaat tomato  untuk kesihatan tubuh badan terutama pada bahagian  jantung . Pengambilan tomato serta sayur-sayuran berdaun hijau juga dikaitkan dengan penurunan yang tinggi dalam kejadian p enyakit jantung koronari ( C oronary Heart Disease -  CHD) Minyak zaitun juga dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung anda. Dalam satu penilaian, para penyelidik mendapati bahawa peningkatan penggunaan minyak zaitun dikaitkan dengan penurunan kejadian penyakit jantung koronari. Makanlah sayuran setiap hari ia bagus untuk kesihatan kita.Tidak semestinya tomato sahaja.Terdapat juga pelbagai jenis sayuran lain yang berkhasiat untuk tubuh badan kita. Untuk minyak zaitun pula saya mengamalkan minyak zaitun PEVOO (Palestine Extra Virgin Olive Oil) sebagai makanan kesihatan saya.

4 Makanan Ini Mampu Menurunkan Tekanan Darah

Imej
1. Minyak Zaitun  Pengambilan minyak zaitun yang kerap dikaitkan dengan faedah kardiovaskular selama bertahun-tahun.Kajian kecil menunjukkan ekstrak minyak zaitun dapat mengurangkan tekanan darah dengan ketara berbanding minyak bunga matahari. 2. Bawang Putih Bawang putih boleh jadi berkesan seperti ubat preskripsi khusus untuk tekanan darah.Bahan aktif yang terkandung iaitu Allicilin mampu untuk memberikan sifat kesihatan ini. 3. Badam dan Gajus Tahap magnesium yang rendah sangat berkaitan dengan tekanan darah tinggi. Mengganti kekurangan magnesium ini terbukti dapat meningkatkan tekanan darah.Badam dan Gajus sangat tinggi dengan magnesium. 4. Teh Hijau Kandungan semulajadinya iaitu "Katekin" dalam teh hijau terbukti dapat meningkatkan diameter arteri hingga 40%. Ini secara tidak langsung akan meningkatkan aliran darah dan mengurangkan tekanan darah. Amaran:Ini adalah sebagai panduan pemakanan sahaja.Sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Cara Belanjawan Berpendapatan Rendah

Imej
Adakah cara belanjawan yang sesuai untuk kita yang berpendapatan rendah? Semasa anda terima pembayaran gaji, pasti secara tidak sengaja pemikiran akan tertumpu untuk menjimatkan wang.Tidak terkecuali juga saya.Sejauh mana kita mampu lakukan penjimatan itu? Kadang-kala saya juga tertewas.Namun kita masih berpeluang untuk menang jika tahu caranya. Dalam konteks pendapatan rendah,satu-satunya cara untuk menjimatkan wang adalah dengan mendapatkan lebih banyak wang.Walaupun ini merupakan idea yang baik tetapi ia tidak selalunya menghasilkan penyelesaian terbaik kerana bergantung kepada individu tersebut sejauh mana ia mampu menghadirkan wang tersebut. Apabila berpendapatan rendah, maka secara tidak langsung semua yang akan dibelanjakan tiba-tiba memerlukan pertimbangan yang lebih.Inilah sebabnya mengapa kita perlu mendapatkan lebih banyak wang.Ini tidak bermakna kita perlu bekerja keras siang malam.Kesihatan perlu dijaga.Lebih-lebih lagi di waktu Pandemik Covid-19. Semasa saya memulak...

Langkah Mengurangkan Risiko Covid-19 Apabila Berkongsi Kereta

Imej
Berkongsi kereta ketika pandemik covid-19 mungkin agak merisikokan. Namun kadangkala ini tidak dapat dielakkan kerana urusan tertentu, kecemasan, urusan kerja yang mana memerlukan kita berkongsi kereta. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil sebagai panduan bagi mengurangkan risiko dijangkiti Covid-19 apabila berkongsi kereta. 1. Anda berhak untuk menyarankan penumpang lain memakai topeng muka biarpun dengan memakai topeng muka ia tidak memberi jaminan 100% anda tidak dijangkiti.Namun risiko dijangkiti virus dapat dikurangkan.Pemakaian topeng muka sangat digalakkan. 2.Jangan kongsi kenderaan dengan ramai penumpang.Hadkan penumpang di dalam kereta anda.Jika kenderaan kapasiti 5 penumpang, memadailah hanya 3 penumpang sahaja dalam kenderaan tersebut. Pemakaian topeng muka berlapis juga digalakkan kerana kita tidak tahu status kesihatan seseorang itu.Walaupun mereka dikalangan rakan kita. Jangan ambil mudah. 3.Guna sanitizer sebelum memasuki kenderaan.Saya menggunakan shodoku...

Buat Duit Dengan PayPal

Imej
Bila sebut tentang PayPal pasti kita tertanya-tanya apakah PayPal dan apa kaitannya dengan duit? PayPal adalah sistem pembayaran dalam talian yang membuat pembayaran untuk barang dalam talian dan menghantar dan menerima wang dengan selamat. Apabila anda memautkan akaun bank, kad kredit atau kad debit ke akaun PayPal, anda boleh menggunakan PayPal untuk membuat pembelian dalam talian dengan kedai yang mengambil bahagian. Ia bukan sekadar untuk membuat pembelian! Ia mampu menjana pendapatan jika anda tahu caranya. Bagaimana untuk membolehkan kita menjana pendapatan dengan PayPal?  Jika anda bertanya kepada saya pastinya saya akan menjawab cara paling mudah buat duit dengan PayPal adalah melalui tinjauan berbayar.Ini adalah langkah mudah untuk anda memulakan aktiviti bersama Paypal.Apa yang anda perlukan hanyalah sedikit penggunaan data, dan sedikit dari masa anda yang terluang.Dengan cara ini ia dapat membantu menambah pendapatan anda.

Kit Ujian Kendiri Covid-19

Imej
Kit ujian kendiri Covid-19 telah pun berada dipasaran bagi tujuan  kegunaan orang ramai.O rang ramai di nasihatkan agar lebih berhati-hati dalam memilih dan mendapatkan kit ujian kendiri Covid-19.Ini kerana kit ujian tersebut perlu mendapatkan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terlebih dahulu. Pastikan kita membeli kit ujian kendiri yang telah diberi kelulusan oleh MDA (Medical Device Authority) demi menjamin keselamatan dan keberkesanan kit ujian COVID-19 tersebut. Terkini, sebanyak 11 kit ujian kendiri COVID-19 telah mendapat kelulusan bersyarat daripada Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi MDA (Medical Device Authority). Daripada jumlah tersebut, tujuh (7) akan menggunakan sampel air liur dan empat (4) lagi akan menggunakan calitan hidung.Kesemua kit ini boleh didapati di pasaran.P engguna juga perlu bertanggungjawab untuk melaporkan keputusan sebenar ujian dan tidak melakukan pemalsuan bagi mencegah implikasi jangkitan kepada orang lain. Jika keputusan ujian kit ke...