Kit Ujian Kendiri Covid-19
Daripada jumlah tersebut, tujuh (7) akan menggunakan sampel air liur dan empat (4) lagi akan menggunakan calitan hidung.Kesemua kit ini boleh didapati di pasaran.Pengguna juga perlu bertanggungjawab untuk melaporkan keputusan sebenar ujian dan tidak melakukan pemalsuan bagi mencegah implikasi jangkitan kepada orang lain.
Jika keputusan ujian kit kendiri adalah positif (+), pengguna perlu hadir ke fasiliti kesihatan swasta, Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) atau mana-mana Klinik Kesihatan (KK) untuk penilaian kesihatan, sebelum status kesihatan mereka dimuat naik dalam aplikasi MySejahtera.
Sekiranya keputusan negative (-) tetapi individu
berkenaan bergejala, mereka turut dinasihatkan hadir ke Klinik Swasta atau Klinik Kesihatan(KK) bagi tujuan penilaian semula, manakala bagi pengguna yang keputusan ujian adalah invalid, ujian perlu dilakukan semula.

Ulasan
Catat Ulasan