12 Tips Berhenti Merokok
1.Buat sedikit kiraan - Kira berapa banyak duit yang anda telah habiskan untuk membeli rokok.Bagi perokok tegar, ambil kira tahun pertama anda merokok hingga kini 2021 (Nescaya anda dapat membeli sebuah rumah!)
2.Lengahkan waktu merokok anda – Apabila timbul keinginan untuk merokok cuba lengahkan situasi itu dengan melakukan perkara lain.
3.Lakukannya untuk anak anda – Asap rokok membahayakan kesihatan.Duit yang anda guna untuk membeli rokok mungkin hak anak anda (Susu,Pampers, Ubatan, belanja sekolah, buku)
4.Ganti rokok dengan senaman – Cara ini boleh dicuba dengan melakukan senaman ringan ataupun berjogging.
5.Dapatkan bahan bacaan - Cari bahan bacaan yang berkaitan dengan kesan baik berhenti merokok
6.Dapatkan nasihat doktor – Hadiri kelas berhenti merokok yang dianjurkan oleh klinik yang dilantik.
7.Kurangkan merokok – Cuba lakukan dengan sehari sebatang rokok.
8.Jangan merokok selepas makan – Ini memang kegemaran para perokok.Selepas makan jika tidak merokok pasti tidak tenteram.
9.Lakukannya untuk diri sendiri – Letakkan sasaran untuk berhenti merokok.Tekad dan berazam untuk berhenti demi diri sendiri.
10.Kurangkan minuman manis – Rasa manis juga boleh menimbulkan keinginan untuk merokok.Minum air suam lebih kerap.
11.Makan ubat – Dapatkan ubatan yang sesuai untuk anda.Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu (Pada tahun 2016 saya amalkan CHAMPIX 0.5mg selama 30hari atas nasihat doktor)
12.Makan gula-gula - makan gula-gula getah jika terasa ingin merokok
Ini serba sedikit tips-tips berhenti merokok yang dapat saya kongsikan.Melalui pengalaman saya tips-tips diatas sedikit sebanyak memang membantu saya untuk berhenti merokok.Anda boleh cuba.Jika terdapat tips-tips lain untuk berhenti merokok sila kongsikan diruangan komen.


Ulasan
Catat Ulasan