Pedih Ulu Hati Dan Langkah Mengatasinya

Pedih ulu hati, pasti antara kita pernah mengalami gejala ini.Terutama apabila memakan makan pedas, berempah.Namun apa yang perlu kita ketahui pedih ulu hati ini tidak berasal dari hati atau jantung meskipun diberi nama sedemikian.Pedih ulu hati sebenarnya disebabkan oleh refluks asid ke dalam esofagus daripada perut.Penyakit ini lebih dikenali sebagai Gastro Esophageal Reflux Disease (GERD).

Pedih ulu hati apabila selesai makan merupakan gejala penyakit Gastro Esophageal Reflux Disease (GERD).Dalam situasi lebih teruk lagi, kita akan rasa sesak nafas dan mula berpeluh sejuk.Jika ini berlaku, kita harus mendapatkan rawatan segera dengan berjumpa doktor.

Elakkan beberapa jenis makanan dan minuman yang boleh menyebabkan penghasilan asid yang lebih banyak antaranya:-

  1. Kafein - Nescafe, kopi
  2. Makanan yang penuh dengan lemak dan minyak juga boleh menyebabkan pedih ulu hati lebih teruk
  3. Minuman berkarbonat
  4. Makanan pedas juga akan menyebabkan pedih ulu hati serta gastrik. 
  5. Makanan berempah juga bepotensi menyebabkan pedih ulu hati.
  6. Masalah fizikal seperti mengandung dan obesiti juga bolehmenyebabkan tekanan dalam perut menjadi lebih tinggi dan boleh menyebabkan masalah Gastro Esophageal Reflux Disease (GERD)
Jika anda rasa sakit pedih ulu hati sewaktu tidur, tidurlah dengan kepala anda dinaikkan sedikit tinggi dari biasa.Ini akan membantu makanan dan asid perut anda tidak dapat naik semula ke salur makanan kerana daya graviti.

Amalkan diet pemakanan yang sihat.Ini boleh membantu mencegah dan mengurangkan sakit pedih ulu hati.Rawatan sementara jika pedih ulu hati ringan, elakan berbaring sejurus selepas makan.Elakan dari mengambil makanan dalam jumlah yang banyak dalam satu masa sebaliknya ambil dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

12 Tips Berhenti Merokok

Buat Duit Dengan Sim Kad

Khasiat Tomato Dan Minyak Zaitun