Touch 'n Go eWallet Kini Dengan Sokongan Pelaburan Go+ Patuh Syariah
Touch 'n Go
kini melancarkan produk Principal e-Cash Fund yang mana akan memberi peluang
kepada semua rakyat Malaysia yang layak untuk membuat pelaburan.Nikmati
faedah dengan memasukkan wang ke dalam baki ewallet anda
atau melalui pindahan wang dari bank di aplikasi Touch 'n Go ewallet anda
serendah RM10 dan mula menjana pendapatan dengan GO+ hari ini!
Antara faedah yang anda akan nikmati dengan Principal e-Cash Fund melalui GO+ adalah pulangan dikreditkan setiap hari, keupayaan pengeluaran wang tunai dari baki akaun GO+ anda ke akaun ewallet atau akaun bank anda.Anda juga boleh menggunakan baki GO+ untuk berbelanja.
Antara kelebihan GO+ yang lain termasuklah, mudah dan pantas untuk membuka akaun pelaburan dimana anda hanya perlu tambah nilai baki GO+ serendah RM10, pulangan yang dikreditkan setiap hari dan pengeluaran wang boleh dibuat bila-bila masa sahaja.
GO+ adalah produk pelaburan jangka pendek yang memberikan keupayaan penggunaan lancar yang tidak dimiliki oleh instrumen pelaburan yang lain.Ia tidak boleh dibandingkan dengan pelaburan lain di pasaran modal.
Dengan GO+, anda akan mendapat pulangan harian pada baki GO+ anda.Jom bersama nikmati kelebihan ini.


Ulasan
Catat Ulasan