Catatan

Tunjukkan catatan dari 2021

Makanan Ini Meningkatkan Proses Penyembuhan

Imej
Terdapat makanan, buah-buahan dan sayuran terbukti dapat mengurangkan keradangan, meningkatkan fungsi kekebalan tubuh dan meningkatkan penyembuhan. Berikut adalah 5 makanan penyembuhan yang dapat membantu memulihkan tubuh anda. 1.Sayuran berdaun hijau - Sayuran  s eperti kangkung, bayam dan sawi kaya dengan nutrien yang dapat membantu mengurangkan keradangan serta meningkatkan fungsi imun. 2.Kacang/bijian -  Kacang dan bijian seperti  almond, walnut dan biji bunga matahari adalah pilihan terbaik untuk membekalkan tenaga semasa proses pemulihan.Makanan ini menyediakan protein nabati, lemak sihat, dan vitamin dan mineral untuk menyokong penyembuhan. 3.Ubi keledek - M akanan berkarbohidrat tinggi seperti ubi jalar penting untuk pemulihan. Karbohidrat bukan sahaja membantu memberikan tenaga yang diperlukan oleh sel. Pe ngambilan karbohidrat yang tidak mencukupi boleh mengganggu penyembuhan luka dan melambatkan pemulihan. 4.Telur - Telur  bukan sahaja sumber protein yang ...

Pedih Ulu Hati Dan Langkah Mengatasinya

Imej
Pedih ulu hati, pasti antara kita pernah mengalami gejala ini.Terutama apabila memakan makan pedas, berempah.Namun apa yang perlu kita ketahui pedih ulu hati ini  tidak berasal dari hati atau jantung meskipun diberi nama sedemikian.Pedih ulu hati sebenarnya disebabkan oleh refluks asid ke dalam esofagus daripada perut.Penyakit ini lebih dikenali sebagai  Gastro Esophageal Reflux Disease (GERD) . Pedih ulu hati apabila selesai makan  merupakan gejala penyakit  Gastro Esophageal Reflux Disease ( GERD) .Dalam situasi lebih teruk lagi, kita akan  rasa sesak nafas  dan mula ber peluh sejuk .Jika ini berlaku, kita harus mendapatkan rawatan segera dengan berjumpa doktor. Elakkan beberapa jenis makanan dan minuman yang boleh menyebabkan penghasilan asid yang lebih banyak antaranya:- Kafein - Nescafe, kopi Makanan yang penuh dengan lemak dan minyak juga boleh menyebabkan pedih ulu hati lebih teruk Minuman berkarbonat Makanan pedas juga akan menyebabkan pedih ulu hat...

Manfaat Lemon Untuk Kesihatan

Imej
Minum segelas lemon sejuk dikatakan dapat membantu dalam penurunan berat badan kerana lemon mengandungi kalori yang sangat rendah.Ia juga dapat membantu membakar lemak dalam badan.Setiap orang prihatin dalam penjagaan berat badan.Ada juga yang melakukan banyak usaha untuk menurunkan berat badan.Kita juga membuat perancangan diet, puasa dan senaman.Namun masih gagal menurunkan berat badan.  Oleh itu adalah disarankan mengamalkan minum lemon sejuk kerana ia sangat bermanfaat untuk mengawal berat badan.Pengambilan lemon sejuk secara berkala dapat memastikan berat badan kita terkawal.Lemon juga dapat meningkatkan kadar metabolisme dalam badan. Minum lemon sejuk juga dipercayai dapat mengurangkan keinginan untuk makan. Saya sendiri pernah mencubanya.Keinginan untuk makan berkurangan.Mungkin kerana rasanya yang masam itu membuatkan rasa kurang selera untuk makan. Anda boleh cuba mengamalkan minum segelas lemon setiap hari bagi tujuan kesihatan seperti mencegah masalah berkaitan saluaran ...

Terima Wang Dari Masa Terluang

Imej
Siapa tidak mahu masa yang terluang itu dibayar dengan wang ringgit.Tapi bagaimana ia dibayar? dengan cara apa dibayar? Bila sebut tentang masa pasti kita semua mengatakan bahawa masa kita itu tidak mencukupi.Sedar atau tidak sebenarnya kita mempunyai masa yang terluang.Mungkin kita tidak perasan sewaktu kita menonton rancangan kegemaran, melawat laman sesawang adalah menggunakan sedikit dari masa yang terluang itu. Bagaimana untuk menerima bayaran melalui masa yang terluang? Cara mudah adalah dengan menyertai tinjauan dalam talian.Tinjauan akan dihantar pada bila-bila masa.Mungkin juga sewaktu anda sedang menonton rancangan kegemaran.Maka disinilah kita perlu mencuri sedikit masa yang terluang itu untuk menjawab tinjauan berbayar. Namun tidak semua antara kita suka masa terluang itu diganggu lebih lagi ketika sedang menonton rancangan kegemaran.Pada saya ini adalah gangguan kecil. Tidak menjadi masalah buat saya kerana telah terbiasa sambil menonton menjawab tinjauan berbayar. Maka ...

Buat Duit Dengan Sim Kad

Imej
Tahukah anda setiap hari syarikat telekomunikasi membuat berjuta-juta keuntungan malah ada sehingga berbilion ringgit setiap tahun hasil dari perniagaan telekomunikasi? Tahukah anda terdapat lebih dari 20 juta pengguna telefon bimbit di Malaysia? Kini telefon bimbit adalah satu keperluan kepada hampir seluruh rakyat di Malaysia. Tanpa sim kad, telefon bimbit tidak akan berfungsi sebaiknya untuk membuat panggilan dan menggunakan internet. Inilah peluang untuk kita mencipta pendapatan pasif dan sekaligus meningkatkan taraf ekonomi kita.Terdapat beberapa pilihan syarikat telekomunikasi di malaysia. Tapi syarikat yang manakah menawarkan keuntungan pada kita?  Terdapat beberapa pilihan syarikat telekomunikasi yang anda boleh sertai sebagai rakan niaga dengan modal yang rendah. Antaranya ialah HALOTELCO, TONE WOW, TONE EXCEL, ONE XOX, BEONE. Kesemua syarikat telekomunikasi yang tersenarai diatas boleh dijadikan rakan niaga.Buatlah pilihan bijak serta mengikut kesesuaian anda.Semua syarik...

Duit Segera & Emas

Imej
Tahukan anda tinjauan dalam talian sebagai altenatif menjana pendapatan dengan mudah? Hanya dengan mengumpul mata ganjaran, mata ini boleh ditebus sebagai wang tunai atau kad hadiah di kemudian hari.Tugasan ini cukup mudah, dan dapat dilakukan pada masa lapang.  Duit yang diperoleh dari hasil tinjauan ini boleh gunakan untuk membeli emas. adakah ini tidak menguntungkan? beli emas tanpa menggunakan gaji ataupun duit simpanan. Ramai yang bertanya pada saya, kenapa tidak menggunakan duit gaji untuk membeli emas.Bukankah ia lebih mudah dan cepat?Jawapan saya adalah duit gaji boleh dijimatkan penggunaannya. Lebih-lebih lagi di waktu pandemik Covid-19.Perlu berhati-hati dalam perbelanjaan. Lakukan yang terbaik supaya peroleh hasil dan hasilnya bolehlah kita berbuat sesuatu. Samada untuk simpanan atau sebaliknya.

12 Tips Berhenti Merokok

Imej
1. Buat sedikit kiraan  -   Kira berapa banyak duit yang anda telah habiskan untuk membeli rokok.Bagi perokok tegar, a mbil kira tahun pertama anda merokok hingga kini 2021 (Nescaya anda dapat membeli sebuah rumah!) 2. Lengahkan waktu merokok anda  – Apabila timbul keinginan untuk merokok cuba lengahkan situasi itu dengan melakukan perkara lain. 3. Lakukannya untuk anak anda  – Asap rokok membahayakan kesihatan.Duit yang anda guna untuk membeli rokok mungkin hak anak anda (Susu,Pampers, Ubatan, belanja sekolah, buku) 4. Ganti rokok dengan senaman  – Cara ini boleh dicuba dengan melakukan senaman ringan ataupun berjogging. 5. Dapatkan bahan bacaan  - Cari bahan bacaan yang berkaitan dengan kesan baik berhenti merokok 6. Dapatkan nasihat doktor  – Hadiri kelas berhenti merokok yang dianjurkan oleh klinik yang dilantik. 7. Kurangkan merokok  – Cuba lakukan dengan sehari sebatang rokok. 8.J angan merokok selepas makan  – Ini memang kegemaran para...

Manfaat Lidah Buaya Untuk Kesihatan

Imej
   Lidah buaya telah digunakan oleh banyak zaman budaya dari dahulu hingga kini. Sifat semulajadinya dalam membantu tubuh mengekalkan kesihatan memang tidak boleh dinafikan lagi.Ia sangat berguna dan mempunyai beberapa kebaikkan seperti. 1.Hiris lidah buaya, ambil pulpa (bahagian dalam/isinya) dan gunakannya sebagai scrub mandian. 2.Letakkan pulpa (bahagian dalam/isinya) lidah buaya tersebut dan letak pada kulit yang melecur kecil dan ia akan melegakan lecuran tersebut. 3.Sapukan pulpa (bahagian dalam/isinya) ke wajah anda untuk mengelakkan jerawat. 4.Minum jus lidah buaya untuk melegakan masalah gastrik usus anda. 5.Diambil secara lisan juga membantu mengurangkan paras kolesterol dan menyihatkan jantung anda. 6.Boleh dijadikan scrub untuk rambut.Membuatkan rambut lebih sihat bersinar dan menyegarkan kulit kepala kerana aloe vera mempunyai sifat semulajadi sebagai penyejuk. 7.Rendaman pulpa (bahagian dalam/isinya) boleh meredakan suhu badan yang panas (deman). 8.Mempercepatkan...

Khasiat Tomato Dan Minyak Zaitun

Imej
  Dalam buah  tomato  mengandung serat, kalium, vitamin C, dan kolin dapat menunjang  manfaat tomato  untuk kesihatan tubuh badan terutama pada bahagian  jantung . Pengambilan tomato serta sayur-sayuran berdaun hijau juga dikaitkan dengan penurunan yang tinggi dalam kejadian p enyakit jantung koronari ( C oronary Heart Disease -  CHD) Minyak zaitun juga dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung anda. Dalam satu penilaian, para penyelidik mendapati bahawa peningkatan penggunaan minyak zaitun dikaitkan dengan penurunan kejadian penyakit jantung koronari. Makanlah sayuran setiap hari ia bagus untuk kesihatan kita.Tidak semestinya tomato sahaja.Terdapat juga pelbagai jenis sayuran lain yang berkhasiat untuk tubuh badan kita. Untuk minyak zaitun pula saya mengamalkan minyak zaitun PEVOO (Palestine Extra Virgin Olive Oil) sebagai makanan kesihatan saya.

4 Makanan Ini Mampu Menurunkan Tekanan Darah

Imej
1. Minyak Zaitun  Pengambilan minyak zaitun yang kerap dikaitkan dengan faedah kardiovaskular selama bertahun-tahun.Kajian kecil menunjukkan ekstrak minyak zaitun dapat mengurangkan tekanan darah dengan ketara berbanding minyak bunga matahari. 2. Bawang Putih Bawang putih boleh jadi berkesan seperti ubat preskripsi khusus untuk tekanan darah.Bahan aktif yang terkandung iaitu Allicilin mampu untuk memberikan sifat kesihatan ini. 3. Badam dan Gajus Tahap magnesium yang rendah sangat berkaitan dengan tekanan darah tinggi. Mengganti kekurangan magnesium ini terbukti dapat meningkatkan tekanan darah.Badam dan Gajus sangat tinggi dengan magnesium. 4. Teh Hijau Kandungan semulajadinya iaitu "Katekin" dalam teh hijau terbukti dapat meningkatkan diameter arteri hingga 40%. Ini secara tidak langsung akan meningkatkan aliran darah dan mengurangkan tekanan darah. Amaran:Ini adalah sebagai panduan pemakanan sahaja.Sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Cara Belanjawan Berpendapatan Rendah

Imej
Adakah cara belanjawan yang sesuai untuk kita yang berpendapatan rendah? Semasa anda terima pembayaran gaji, pasti secara tidak sengaja pemikiran akan tertumpu untuk menjimatkan wang.Tidak terkecuali juga saya.Sejauh mana kita mampu lakukan penjimatan itu? Kadang-kala saya juga tertewas.Namun kita masih berpeluang untuk menang jika tahu caranya. Dalam konteks pendapatan rendah,satu-satunya cara untuk menjimatkan wang adalah dengan mendapatkan lebih banyak wang.Walaupun ini merupakan idea yang baik tetapi ia tidak selalunya menghasilkan penyelesaian terbaik kerana bergantung kepada individu tersebut sejauh mana ia mampu menghadirkan wang tersebut. Apabila berpendapatan rendah, maka secara tidak langsung semua yang akan dibelanjakan tiba-tiba memerlukan pertimbangan yang lebih.Inilah sebabnya mengapa kita perlu mendapatkan lebih banyak wang.Ini tidak bermakna kita perlu bekerja keras siang malam.Kesihatan perlu dijaga.Lebih-lebih lagi di waktu Pandemik Covid-19. Semasa saya memulak...

Langkah Mengurangkan Risiko Covid-19 Apabila Berkongsi Kereta

Imej
Berkongsi kereta ketika pandemik covid-19 mungkin agak merisikokan. Namun kadangkala ini tidak dapat dielakkan kerana urusan tertentu, kecemasan, urusan kerja yang mana memerlukan kita berkongsi kereta. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil sebagai panduan bagi mengurangkan risiko dijangkiti Covid-19 apabila berkongsi kereta. 1. Anda berhak untuk menyarankan penumpang lain memakai topeng muka biarpun dengan memakai topeng muka ia tidak memberi jaminan 100% anda tidak dijangkiti.Namun risiko dijangkiti virus dapat dikurangkan.Pemakaian topeng muka sangat digalakkan. 2.Jangan kongsi kenderaan dengan ramai penumpang.Hadkan penumpang di dalam kereta anda.Jika kenderaan kapasiti 5 penumpang, memadailah hanya 3 penumpang sahaja dalam kenderaan tersebut. Pemakaian topeng muka berlapis juga digalakkan kerana kita tidak tahu status kesihatan seseorang itu.Walaupun mereka dikalangan rakan kita. Jangan ambil mudah. 3.Guna sanitizer sebelum memasuki kenderaan.Saya menggunakan shodoku...

Buat Duit Dengan PayPal

Imej
Bila sebut tentang PayPal pasti kita tertanya-tanya apakah PayPal dan apa kaitannya dengan duit? PayPal adalah sistem pembayaran dalam talian yang membuat pembayaran untuk barang dalam talian dan menghantar dan menerima wang dengan selamat. Apabila anda memautkan akaun bank, kad kredit atau kad debit ke akaun PayPal, anda boleh menggunakan PayPal untuk membuat pembelian dalam talian dengan kedai yang mengambil bahagian. Ia bukan sekadar untuk membuat pembelian! Ia mampu menjana pendapatan jika anda tahu caranya. Bagaimana untuk membolehkan kita menjana pendapatan dengan PayPal?  Jika anda bertanya kepada saya pastinya saya akan menjawab cara paling mudah buat duit dengan PayPal adalah melalui tinjauan berbayar.Ini adalah langkah mudah untuk anda memulakan aktiviti bersama Paypal.Apa yang anda perlukan hanyalah sedikit penggunaan data, dan sedikit dari masa anda yang terluang.Dengan cara ini ia dapat membantu menambah pendapatan anda.

Kit Ujian Kendiri Covid-19

Imej
Kit ujian kendiri Covid-19 telah pun berada dipasaran bagi tujuan  kegunaan orang ramai.O rang ramai di nasihatkan agar lebih berhati-hati dalam memilih dan mendapatkan kit ujian kendiri Covid-19.Ini kerana kit ujian tersebut perlu mendapatkan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terlebih dahulu. Pastikan kita membeli kit ujian kendiri yang telah diberi kelulusan oleh MDA (Medical Device Authority) demi menjamin keselamatan dan keberkesanan kit ujian COVID-19 tersebut. Terkini, sebanyak 11 kit ujian kendiri COVID-19 telah mendapat kelulusan bersyarat daripada Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi MDA (Medical Device Authority). Daripada jumlah tersebut, tujuh (7) akan menggunakan sampel air liur dan empat (4) lagi akan menggunakan calitan hidung.Kesemua kit ini boleh didapati di pasaran.P engguna juga perlu bertanggungjawab untuk melaporkan keputusan sebenar ujian dan tidak melakukan pemalsuan bagi mencegah implikasi jangkitan kepada orang lain. Jika keputusan ujian kit ke...

Touch 'n Go eWallet Kini Dengan Sokongan Pelaburan Go+ Patuh Syariah

Imej
Touch 'n Go kini melancarkan produk Principal e-Cash Fund yang mana akan memberi peluang kepada semua rakyat Malaysia yang layak untuk membuat pelaburan. Nikmati faedah dengan memasukkan wang ke dalam baki ewallet anda atau melalui pindahan wang dari bank di aplikasi Touch 'n Go ewallet anda serendah RM10 dan mula menjana pendapatan dengan GO+ hari ini! Antara faedah yang anda akan nikmati dengan Principal e-Cash Fund melalui GO+ adalah p ulangan dikreditkan setiap hari, k eupayaan pengeluaran wang tunai dari baki akaun GO+ anda ke akaun ewallet atau akaun bank anda. Anda juga boleh menggunakan baki GO+ untuk berbelanja. Antara kelebihan GO+ yang lain termasuklah, m udah dan pantas untuk membuka akaun pelaburan dimana anda hanya perlu tambah nilai baki GO+ serendah RM10, p ulangan yang dikreditkan setiap hari dan p engeluaran wang boleh dibuat bila-bila masa sahaja. GO+ adalah produk pelaburan jangka pendek yang memberikan keupayaan penggunaan lancar yang tidak dimili...